Polis kait 'mangsa' culik i-City dengan bos dadah ditembak mati di Seremban
Polis percaya seorang lelaki yang diselamatkan daripada penculikan di i-City, Shah Alam pada Julai lalu dikaitkan dengan ketua sindiket dadah yang ditembak mati di Seremban. Lelaki itu kini ditahan selama 60 hari di bawah Akta Langkah-Langkah Khas Pencegahan Dadah Berbahaya 1985 sementara siasatan diteruskan.