RM8 juta untuk kabin sementara SK Simpangan, asrama guru di Beluran
Kerajaan negeri Sabah memperuntukkan RM8 juta untuk kabin bilik darjah sementara dan asrama bagi SK Simpangan di Beluran. Menteri Pendidikan negeri, Datuk James Ratib, berkata kemudahan itu perlu kerana murid kini berkongsi kawasan dengan SMK Simpangan Paitan. Beliau turut meminta Kementerian Pendidikan menyediakan kuarters untuk kira-kira 30 guru dan asrama bagi meningkatkan kehadiran murid.