Crescendo terima bayaran penuh untuk jualan tanah RM263j di Kota Tinggi kepada firma pusat data
Crescendo Corp Bhd telah menerima baki bayaran dan faedah bayaran lewat untuk jualan tanah industri seluas 52.544 ekar bernilai RM263.21 juta di Taman Perindustrian Bandar Cemerlang, Kota Tinggi, Johor, kepada MSFusion Sdn Bhd. Bayaran itu diterima pada 9 Sept, selepas notis ingkar dikeluarkan pada Ogos.