Pameran reka bentuk 'It's Lit!' di The Starhill tonjolkan sinergi cahaya dan sastera
Pameran pelbagai disiplin 'It's Lit!' yang dianjurkan eslite spectrum Kuala Lumpur dan xOrdinary berlangsung di The Starhill sehingga 30 Oktober 2026. Pameran ini menampilkan 40 karya daripada 17 pereka dan jenama Malaysia, bertujuan menghubungkan reka bentuk dengan gaya hidup dan pengalaman pengguna.