KL City mara ke suku akhir Piala FA selepas seri tanpa jaringan dengan Perak
Kuala Lumpur City FC seri 0-0 dengan Perak FA dalam aksi timbal balik kedua pusingan 16 Piala FA di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras. Keputusan seri itu sudah cukup untuk KL City mara ke suku akhir dengan agregat 1-0, susulan kemenangan pada perlawanan pertama di Manjung.