Azeez nafi pilih pakai baju lokap, kata ia mengikut SOP PDRM
Bekas Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Azeez Abdul Rahim, menafikan dakwaan bahawa dia memilih untuk memakai pakaian lokap dan bergari ketika dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. Peguamnya, Datuk Amer Hamzah Arshad, berkata Azeez berada dalam tahanan polis dan diarahkan menukar pakaian mengikut SOP PDRM. Mahkamah membenarkan permohonan reman selama dua hari terhadap Azeez.