365 warga asing didakwa tahun ini kerana salah guna MyKad, sijil kelahiran
Seramai 365 warga asing telah didakwa di mahkamah atas kesalahan berkaitan penyalahgunaan MyKad dan sijil kelahiran dalam lapan bulan pertama tahun ini. Pengarah Penguatkuasaan Jabatan Pendaftaran Negara berkata jumlah itu hasil 738 operasi di seluruh negara, dengan kebanyakan yang ditahan merupakan warga Indonesia dan Filipina. Kenyataan itu dibuat selepas mengetuai Ops Layar di sebuah kilang percetakan di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang, di mana tiga wanita Indonesia ditahan.