Skuad hoki remaja buru penamat terbaik di Moqi
Ketua jurulatih skuad hoki remaja lelaki negara, Nor Saiful Zaini Nasiruddin, mahu pemainnya terus memburu penamat terbaik pada Kejohanan Hoki Remaja Asia di Moqi, China. Malaysia sudah mengesahkan tiket ke Piala Dunia Hoki Remaja tahun depan selepas menduduki tempat kedua Kumpulan B, dan akan berdepan India di separuh akhir esok.