Sarikei catat API tertinggi negara 194, 15 kawasan tidak sihat
Sarikei di Sarawak mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (API) tertinggi negara iaitu 194 pada 8 pagi, dengan 15 kawasan di seluruh negara berada dalam kategori tidak sihat. Sarawak mendominasi senarai dengan 10 lokasi, manakala jerebu rentas sempadan berterusan sejak akhir Ogos.