Anak 8 tahun dan warga 81 tahun takluk 118 tingkat Menara Merdeka 118
Chua Ze Yu, 8, dan Melita Kit, 81, adalah peserta termuda dan tertua dalam IHH Sky Race di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur pada 22-23 Ogos. Kedua-duanya mendaki 118 tingkat dan 2,845 anak tangga dalam kategori berpasukan, disokong ahli keluarga. Kit berlatih di menara MBPJ di Petaling Jaya, manakala Ze Yu berlatih di bangunan apartmennya.