Rakan kongsi dedah impian jururawat Jessie Paya yang terkorban dalam nahas helikopter FDS
Seorang jururawat yang terkorban dalam nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang pada Selasa tidak sempat menyambung pengajian dalam Advanced Diploma in Midwifery seperti dirancang. Rakan karibnya Caroline Sawai Joseph Chungat mengenang Jessie Paya Jok, 44, dan Debra Moset, 40, sebagai jururawat penyayang yang berkhidmat di klinik kesihatan pedalaman Sarawak.