Wan Lestari kekal bersara, kecewa isu royalti artis
Penyanyi Wan Lestari, 58, menegaskan keputusannya untuk bersara daripada bidang nyanyian adalah muktamad. Beliau yang membuat persembahan terakhir di Jom Santai X Syahmi Sazli 8.0 di GM Klang pada Julai lalu berkata keputusan itu dibuat kerana faktor kesihatan dan rasa kecewa dengan soal kebajikan serta royalti artis. Kini beliau memberi tumpuan kepada perniagaan kantin dan katering.