Lelaki tular minta wang orang awam ditahan di Sungai Petani
Seorang lelaki berusia 44 tahun ditahan polis di Sungai Petani malam tadi selepas tular di media sosial kerana didakwa meminta wang daripada orang awam dan menjerit terhadap seorang pemilik kenderaan. Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah kedai buku di pusat perniagaan Taman Pekan Baru, dan suspek dikatakan memegang objek menyerupai parang. Polis Kuala Muda berkata tiada laporan awam diterima setakat ini.