Yasin Sulaiman bebas selepas empat tahun rawatan, akui pernah putus harapan
Komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman berkata dia pernah hilang harapan dan terfikir lebih baik dihukum gantung selepas dijatuhi hukuman 30 tahun penjara. Selepas kira-kira empat setengah tahun menjalani rawatan termasuk di Hospital Bahagia Ulu Kinta, dia dibebaskan pada 2 September lalu dengan syarat meneruskan pengambilan ubat dan tidak terbabit dengan kanabis.