Agong berkenan menerima menghadap Zambry dan Pengerusi SPA di Istana Negara
Sultan Ibrahim, Yang di-Pertuan Agong, hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir di Istana Negara. Baginda juga berkenan menerima menghadap Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus. Dalam sesi itu, baginda bersetuju dibentangkan perkembangan semasa Kursi Pengajian Melayu Sultan Ibrahim di Beijing Foreign Studies University.