Ketua Pemuda PAS hadir Perhimpunan Agung Pemuda Umno di WTCKL
Ketua Pemuda PAS Afnan Hamimi Taib Azamudden menghadiri Perhimpunan Agung Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini, membalas kunjungan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh ke Muktamar Dewan Pemuda PAS minggu lalu. Kunjungan timbal balik itu berlaku ketika hubungan kedua-dua sayap parti kembali menjadi perhatian selepas persefahaman PRN Negeri Sembilan.