Aliff Aziz tolak gosip cinta lokasi, tumpu watak Sultan Mansur Shah
Aliff Aziz berkata beliau tidak melayan spekulasi cinta lokasi dengan Melinda Dadew, rakan gandingannya dalam teater muzikal Mansur & Liu. Beliau mahu memberi tumpuan penuh kepada watak Sultan Mansur Shah dalam pementasan arahan Datuk M Nasir yang berlangsung di Istana Budaya sehingga 20 September.