Yasin Sulaiman kongsi pengalaman di Hospital Bahagia Ulu Kinta
Komposer dan penyanyi Yasin Sulaiman, 51, berkata kehidupannya di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak lebih baik berbanding ketika berada dalam penjara. Beliau berkata beliau perlu bergantung pada ubat-ubatan mental seumur hidup dan tidak boleh terlibat dengan kanabis lagi. Beliau ditemui pada Malam Media Pementasan Teater Muzikal Mansur dan Liu di Panggung Sari, Istana Budaya.