Whitmore terus beli saham MKH, MKHOP bawah harga tawaran
Whitmore Holdings Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Batu Kawan Bhd, terus membeli saham MKH Bhd dan MKH Oil Palm (East Kalimantan) Bhd pada harga di bawah tawaran pengambilalihan mandatori. Dalam dua hari dagangan, ia memperoleh 1.58 juta saham MKH dan 689,400 saham MKHOP. Penasihat bebas MKHOP menolak tawaran 66.26 sen itu, manakala penasihat bebas MKH menyuruh pemegang saham menerima tawaran RM2.