Lelaki maut selepas terjatuh ke dalam lubang tangki septik di Kota Tinggi
Seorang lelaki berusia 48 tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang tangki septik sedalam 3 meter yang sedang dibina di Taman Permai, Temit, Kota Tinggi. Anggota bomba dan penyelamat dari Kota Baru mengeluarkan mangsa; petugas perubatan KKM mengesahkan beliau telah meninggal dunia. Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.