Wanita UMNO mahu gelombang kepercayaan raih semula keyakinan rakyat
Wanita UMNO mahu gerakan 'gelombang kepercayaan' digerakkan dari peringkat akar umbi bagi meraih semula keyakinan rakyat terhadap parti itu. Ketuanya, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad, berkata kemenangan UMNO dan BN pada PRN Johor serta Negeri Sembilan tidak boleh terhenti setakat itu jika parti mahu kekal berprestasi sama pada PRU16. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar pada Perhimpunan Agung Wanita UMNO 2026 di Kuala Lumpur.