Isteri, dua anak maut dalam kebakaran rumah di Kluang
Kebakaran sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Titiwangsa, Kluang malam tadi mengorbankan Noraini Ibrahim, 49, serta dua anak lelakinya Khairul Nurhaziqq, 18, dan Khairul Nurhadif, 11. Suami dan bapa, Khairul Nizam Wahid, 50, terselamat selepas cuba memadamkan api dan keluar melalui pintu dapur. Beliau berkata isteri dan anak-anaknya berada di tingkat atas dan tidak menyedari api merebak di tingkat bawah.