El Nino dijangka naikkan harga makanan terpilih, inflasi keseluruhan kekal terkawal
BIMB Securities menilai risiko lonjakan inflasi menyeluruh akibat El Nino kekal terkawal, tetapi harga makanan terpilih seperti daging, ikan, minyak dan buah-buahan berpotensi menekan perbelanjaan isi rumah berpendapatan rendah. Firma itu berkata corak itu berdasarkan episod 2015-2016 dan bukan unjuran kadar kenaikan semasa, sambil menambah kemarau global masih boleh menaikkan harga makanan import Malaysia.