Seorang bekas pengurus besar sebuah syarikat pegangan pelaburan hartanah direman dua hari oleh SPRM bagi siasatan salah guna kedudukan meluluskan kenaikan pangkat, pelarasan gaji dan bonus tanpa ikut SOP. Perintah reman dikeluarkan Majistret Wan Noora Nisa Ngadirin di Shah Alam hari ini. Suspek ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor.