S'pura ke-17 dunia dalam perbelanjaan OnlyFans bagi setiap 10,000 orang dewasa
Laporan OnlyFans Wrapped 2026 menganggarkan penduduk Singapura membelanjakan US$18.8 juta (S$23.8 juta) di platform langganan itu pada 2026, naik 12.44 peratus dari tahun sebelumnya. Mengikut per kapita, Singapura berada di tangga ke-17 dunia dan ketiga di Asia-Pasifik dengan US$36,955 bagi setiap 10,000 orang dewasa. Amerika Syarikat mendahului senarai global dengan anggaran US$4.8 bilion.