Battersea Power Station mula fasa baharu Prospect Place South
Battersea Power Station Development Company dan Sisk telah memulakan pembinaan Prospect Place South di London, fasa seterusnya pembangunan kejiranan tepi sungai Battersea. Projek itu membabitkan kira-kira 300 rumah baharu, ruang komersial dan hab komuniti, dengan pemegang saham Malaysia termasuk SP Setia, Sime Darby Property, PNB dan EPF hadir pada majlis pecah tanah.