Safoda Eco Forest Park di Kinarut anjur tanam pokok sempena Hari Udara Bersih
Safoda Eco Forest Park di Kinarut mengadakan majlis menanam pokok pada Selasa sempena Hari Antarabangsa Udara Bersih untuk Langit Biru. Program yang ditaja oleh komuniti Jepun melalui JICA itu melibatkan pelajar, pendidik dan wakil dari Jepun serta Sabah, berlatarbelakangkan masalah jerebu yang melanda Sabah dan Sarawak.