Lianson Fleet selesai beli dua kapal kargo Ultramax bernilai RM213.2 juta
Lianson Fleet Group Bhd telah menyelesaikan pengambilalihan dua kapal kargo pukal kelas Ultramax, MV Tian Mu Shan dan MV Yan Dang Shan, pada 3 September. Urus niaga bernilai US$52.32 juta (RM213.2 juta) itu dibiayai melalui dana dalaman dan pinjaman bank. Harga saham Lianson naik satu sen kepada RM1.60 pada waktu rehat tengah hari Khamis.