Pemuda UMNO Johor mahu parti bebas tentukan kerjasama politik hadapi PRU16
Ketua Pemuda UMNO Johor Noor Azleen Ambros berkata kerjasama UMNO dengan Pakatan Harapan dalam Kerajaan Perpaduan hanya bersifat sementara. Berucap pada perbahasan Pemuda di Perhimpunan Agung UMNO di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, beliau mahu UMNO diberi ruang menentukan strategi sendiri menjelang PRU16.