Pelajar NUS terima Anugerah Buku Perdana Menteri atas usaha dwibahasa
Seorang penuntut Universiti Nasional Singapura (NUS) menerima Anugerah Buku Perdana Menteri di Pusat Kebudayaan Universiti, NUS pada 31 Ogos. Beliau satu-satunya penerima Melayu/Islam di peringkat prauniversiti dalam majlis Anugerah Khas Kementerian Pendidikan yang menyampaikan 211 anugerah. Beliau berharap pengalamannya mendorong pelajar Melayu lain menghargai bahasa dan budaya.