Lelaki didenda RM6,000 kerana bertani tanpa permit di Hutan Simpan Angsi
Seorang lelaki berusia 61 tahun didenda RM6,000 oleh Mahkamah Sesyen Seremban selepas mengaku bersalah menjalankan pertanian dan penternakan tanpa permit di Hutan Simpanan Kekal Angsi. Lee Kai Sang didakwa menanam limau kasturi, durian dan pisang serta menternak lebah kelulut dan ikan air tawar di Kompartmen 55 hutan simpan itu pada Ogos lalu. Hakim Shahrul Rizal Majid turut memerintahkan penjara dua bulan jika denda gagal dibayar.