Tiga ditahan, empat lagi diburu kes maut Taman Alam Megah
Polis Selangor menahan tiga daripada tujuh suspek yang diburu berhubung pergaduhan yang menyebabkan seorang lelaki maut di Taman Alam Megah bulan lalu. Ketiga-tiga suspek akan dituduh tidak lama lagi, manakala empat lagi masih diburu. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 dan Seksyen 149 Kanun Keseksaan.