Suhaimi Yusof, Gurmit Singh ziarah Sheikh Haikel selepas berita kanser tahap 4
Rapper dan pelakon Singapura Sheikh Haikel disahkan menghidap kanser usus tahap 4. Pada 8 Sep, Suhaimi Yusof, Gurmit Singh dan Bernard Lee menziarahinya di Hai Ge Ji, restoran nasi ayam miliknya, bersama isterinya Anna Belle Francis dan penyanyi Mahani Mohd serta Kamaliah Latiff.