Tiga lagi didakwa bunuh lelaki 23 tahun dalam perhimpunan haram di Taman Alam Megah
Tiga lagi ahli kumpulan samseng didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini kerana membunuh seorang lelaki berusia 23 tahun dalam satu perhimpunan haram bulan lalu. Pertuduhan itu menjadikan jumlah keseluruhan yang didakwa dalam kes ini seramai 11 orang selepas lapan lelaki didakwa atas kesalahan sama minggu lepas. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 25 Ogos di Jalan Mandolin 33/5, Taman Alam Megah, dan mahkamah menetapkan 24 November untuk sebutan semula.