Polis tahan lelaki bantu siasatan kes petani ditembak di Banting
Seorang lelaki tempatan ditahan di sekitar Banting bagi membantu siasatan kes seorang petani berusia 52 tahun yang maut ditembak di Teluk Bunut, Banting, Selasa lalu. Suspek dihadapkan ke mahkamah dan direman dua hari, manakala polis masih menyiasat motif dan penglibatan sebenar individu tersebut.