Pemandu lori didenda RM30,000 kerana hantar mesej lucah WhatsApp kepada suami baru bekas isteri
Seorang pemandu lori berusia 50 tahun didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di Seremban selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan menghantar gambar dan video lucah melalui WhatsApp kepada suami baru bekas isterinya pada Mac 2023. Mohd Suhaimi Yusof juga dikenakan hukuman penjara dua bulan bagi setiap pertuduhan jika gagal membayar denda. Dia didakwa di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.