Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS pada Khamis, meningkat kepada 4.0630/0670 daripada 4.0670/0720 semasa ditutup Rabu. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata ringgit mencatat prestasi baik walaupun harga minyak mentah Brent meningkat dan pelabur menantikan data IHP AS pada Jumaat ini. Mata wang tempatan turut mengukuh berbanding euro, yen dan kebanyakan mata wang ASEAN.