DPS Resources mohon tukar zon tanah untuk projek pusat data di Melaka
DPS Resources Bhd telah mengemukakan permohonan menukar pengezonan tanah kepada kegunaan perindustrian bagi membangunkan hartanah dan inisiatif pusat data di Melaka. Perkembangan itu diumumkan selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke-23 kumpulan di Melaka, yang meluluskan semua resolusi termasuk kuasa membeli balik saham dan menerbitkan saham baharu sehingga 10 peratus.