Selangor raih 92 emas Para SUKMA, lepasi sasaran 60
Kontinjen Selangor mengumpul 92 pingat emas pada Para SUKMA Selangor 2026 setakat petang ini, melepasi sasaran awal 60 emas. Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan negeri Mohd Najwan Halimi berkata atlet para renang menyumbang 34 emas, diikuti olahraga 24 dan para catur 11. Beliau berkata ini secara tidak rasmi adalah kali pertama Selangor menjadi juara Para SUKMA sejak temasya diperkenalkan pada 1982.