Abang Johari tiba di Kota Kinabalu untuk mesyuarat MA63 dipengerusikan Anwar
Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg tiba di Kota Kinabalu, Sabah hari ini untuk program berkaitan Mesyuarat Majlis Tindakan Pelaksanaan MA63 (MTPMA63) Bilangan 1 Tahun 2026. Beliau dijadual menghadiri makan malam bersama Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan pemimpin Sabah di The Magellan Sutera Resort malam ini, serta mesyuarat MTPMA63 esok di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah yang dipengerusikan Anwar. Sabah diwakili Ketua Menteri Hajiji Noor.