Pemuda Umno minta dilibatkan dalam pembikinan manifesto BN
Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh meminta pimpinan parti melibatkan sayap itu dalam membuat dasar manifesto pilihan raya Barisan Nasional. Berucap pada penggulungan persidangan Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, beliau berkata suara Pemuda perlu diambil kira kerana anggotanya lebih dekat dengan realiti golongan muda. Beliau turut memberi isyarat Pemuda Umno bersedia menghadapi Pakatan Harapan di semua 28 kerusi pada PRN Melaka.