Bolt: Ultimate Championship boleh jadi sebesar Olimpik
Legenda pecut Jamaica Usain Bolt percaya Ultimate Championship mampu menyamai Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia, dan menawarkan hadiah wang tunai yang lebih lumayan kepada atlet. Bolt, 40, kini duta edisi sulung kejohanan tiga hari itu di Budapest, yang menawarkan hadiah keseluruhan AS$10 juta (RM42.1 juta) dengan AS$150,000 (RM631,500) untuk setiap pemenang acara. Dia mengaku terkilan kerana hadiah sebesar itu tidak wujud ketika dia masih aktif.