Saiz penyu agar bertelur di Pulau Redang mengecil, kata kajian UMT
Kajian Universiti Malaysia Terengganu mendapati purata saiz penyu agar yang bertelur di Pulau Redang menurun daripada 100.8cm pada 2005 kepada 96.8cm pada 2022, bersamaan penurunan berat 120kg kepada 105kg. Walaupun jumlah sarang meningkat daripada 300 kepada 2,000 setahun, penyelidik menimbulkan persoalan mengenai daya tampung habitat dan perubahan struktur populasi penyu.