Kes bunuh diri naik kepada 1,114 pada 2024, kemurungan dua kali ganda - Lee Lam Thye
Malaysia merekodkan 1,114 kes bunuh diri pada 2024 berbanding 1,087 pada 2023, manakala hampir sejuta orang dewasa mengalami kemurungan menurut NHMS 2023. Penaung Befrienders KL Tan Sri Lee Lam Thye berkata peningkatan ini menuntut usaha intervensi kesihatan mental yang lebih serius, termasuk menangani stigma dan menambah perkhidmatan awam.