Betty Benafe akui kemelut rumah tangga beri tekanan kepada dua anak
Betty Benafe, 46, mendedahkan bahawa kemelut rumah tangga dengan bekas suaminya memberi tekanan kepada dua anaknya, Julia Claire Dargus, 13, dan Bruce Dean Dargus, 10. Beliau membawa mereka berjumpa pakar psikiatri dan psikologi kanak-kanak, dan memasukkan mereka ke sekolah tahfiz untuk mencari ketenangan. Beliau berkata demikian selepas ditemui pada Program Ziarah Seni Madani di Restoran Benafee, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.