Badruddin sapa tetamu PAU 2026 guna dialek Hokkien
Pengerusi Tetap UMNO Tan Sri Badruddin Amiruldin menggunakan dialek Hokkien untuk menyapa jemputan pelbagai kaum pada Perhimpunan Agung UMNO 2026 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. Beliau menyifatkan kehadiran pelbagai kaum sebagai satu keluarga. Antara hadir ialah Presiden MCA Wee Ka Siong, Presiden MIC Vigneswaran dan wakil diplomatik dari pelbagai negara.