Mahkamah Seoul arah pengasas Smilegate bayar RM5.4b kepada bekas isteri
Mahkamah keluarga Seoul telah membenarkan perceraian Kwon Hyuk-bin, pengasas syarikat permainan Korea Selatan Smilegate, dan memerintahkannya memindahkan 35 peratus saham syarikat itu serta wang tunai kepada isterinya, Lee Hwa-jin. Penyelesaian 2.55 trilion won itu dilaporkan sebagai bayaran perceraian terbesar dalam sejarah Korea Selatan.