Naimi Daini sertai Konsert Awie Rock King di Stadium Merdeka
Pemain dram wanita Naimi Daini akan membuat kemunculan istimewa dalam Konsert Awie Rock King - Last Man Standing 2026 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur esok. Ini penampilan kedua beliau di pentas besar selepas Konsert Nusafest bersama Search pada 2023. Beliau akan mengiringi persembahan Datuk Awie, Merrah dan Puteri dengan lagu seperti RNR Lu Punya Suka dan Di Bayang Awan.