Pemandu lori didakwa bunuh empat dalam nahas LPT, prosiding di HoSHAS Temerloh
Seorang pemandu lori, Zulkarnain Md Noh, 52, didakwa membunuh empat orang dalam nahas membabitkan 11 kenderaan di KM110.3 Lebuhraya Pantai Timur pada 31 Ogos lalu. Prosiding pertuduhan dijalankan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh, hari ini dan tiada pengakuan direkodkan. Mahkamah menetapkan 12 November depan untuk sebutan semula kes.