Suri rumah mengaku rompak, cedera ibu saudara dengan kayu golf
Seorang suri rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Batu Pahat kerana memukul ibu saudaranya yang berusia 71 tahun dengan kayu golf dalam cubaan samun di Taman Manis 2, Parit Raja. Nur Arisha Harmira Abd Halim, 28, didakwa mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan dibenarkan ikat jamin RM8,000. Kes disebut semula pada 23 Oktober.